Salam Pengakap!

Selamat datang daripada Pengakap Daerah Petaling!

Kenali Kami    Maklumat Terkini

Pengakap Daerah Petaling

Kami merupakan ahli-ahli Pengakap daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Petaling yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan dan terdiri daripada dua zon iaitu Zon Petaling Utama dan Zon Petaling Perdana.

Daerah kami termasuk lebih daripada 200 Kumpulan Pengakap yang terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja & Pengakap Kelana.

Kepimpinan daerah diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah kami iaitu Encik Ghasid bin Salleh dengan kerjasama dan bantuan Penolong-penolong Pesuruhjaya yang lain.

Daerah Petaling adalah antara daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan yang berjaya menghasilkan Pengakap Raja yang Terbilang dan Gemilang pada setiap tahun. Kejayaan ini merupakan hasil usaha, kerjasama dan komitmen Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah bersama Pasukan Latihan Daerah.

Pembaharuan Pendaftaran

Setiap Kumpulan Pengakap wajib memperbaharui pendaftaran setiap tahun. Kumpulan yang gagal mendaftar tidak dibenarkan menyertai / menjalankan aktiviti-aktiviti Pengakap.

Maklumat Penting

E-mel fail Excel Pendaftaran kepada petalingscouts@gmail.com dan johnson@srikl.edu.my dengan subjek e-mel Pendaftaran 2017 - 50 Petaling (gantikan 50 Petaling dengan no. kumpulan anda). Pastikan juga fail Excel anda dinamakan dengan betul.

Bayaran atas nama Majlis Pengakap Daerah Petaling boleh dihantar kepada ADC Pentadbiran Encik Ngoo Kee Min (012-3668090) di Sekolah Rendah Sri Kuala Lumpur. Sila buat temu janji terlebih dahulu.

  Borang Individu       Borang Kumpulan

  Cara Mendaftar

 

Takwim Aktiviti Tahunan

Anda boleh muat turun Takwim Aktiviti Tahunan PPM Daerah Petaling yang terkini melalui pautan di bawah.

  Takwim Tahun 2017

Organisasi Daerah

Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Encik Ghasid Bin Salleh

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Encik Ngoo Kee Min

Bahagian Pentadbiran

Encik Ekbert Yong Yen Loong

Bahagian Latihan (Dewasa)

Encik Marwan bin Mansor

Bahagian Program (Pengakap)

Puan Kuzimah Binti Khalid

Bahagian Wanita

Encik Muzlipa Bin Ismail

Bahagian Kerohanian (Islam)

Encik Wong Ryui Bynn

Bahagian Kerohanian (Agama Lain)

Puan Khairun Nisak Binti Hashim

Bahagian Pembangunan Pengakap

Encik Colin Khoo Hsu Wei

Bahagian Teknologi Maklumat

Encik Dason Yeoh Kuan Tiong

Bahagian Perhubungan & Antarabangsa

Encik Khairul Rizal Bin Hashim

Tugas-tugas Khas (Pengakap Kanak-kanak)

Encik Lee Shang Shi

Tugas-tugas Khas (Pengakap Raja)

Encik Patrick Lee Kok Yuen

Tugas-tugas Khas (Pengakap Kelana)

Encik Md Khaironnizam Bin Ishak

Tugas-tugas Khas (Lain-lain)

Hubungi Kami

Dapatkan maklumat terkini daripada PPM Daerah Petaling melalui Facebook kami. Anda juga boleh mendapatkan info aktiviti-aktiviti daerah, bertanya soalan melalui Send Message dan melihat gambar-gambar aktiviti kami!

  PPM DAERAH PETALING