Ekspedisi Lencana Pengakap Remaja
Tarikh: 3hb sehingga 6hb Februari 2012
Masa: 1500 jam (Jumaat) sehingga 1700 jam (Isnin)
Tempat: Sekitar kawasan Petaling
Bayaran: RM10.00
Terbuka kepada: Pengakap Remaja yang akan menghadiri Pentarafan Pengakap Raja pada awal / tengah tahun ini.
Peserta-peserta ekspedisi ini mesti mempunyai sekurang-kurangnya Lencana Jayadiri untuk layak diterima masuk. Selain itu, pastikan yang kumpulan Pengakap peserta telah berdaftar untuk tahun 2011 / 2012.
Sebuah taklimat akan diadakan pada:
Tarikh: 14hb Januari 2012 (Sabtu)
Masa: 0830 jam sehingga 1200 jam
Tempat: Sekolah Rendah Sri KL
Pakaian: Uniform Lengkap Pengakap
Sila bawa bersama perkara-perkara berikut:
1) Buku Log Lencana Jayadiri (untuk pemeriksaan)
2) Wang pendaftaran sebanyak RM10.00
3) Buku nota dan alat tulis

