Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dijalankan. Untuk memastikan proses ini dijalankan dengan lancar, pihak tuan / puan diminta supaya mengikut langkah-langkah yang berikut:
Langkah Pertama
Jalankan proses pendaftaran di peringkat kumpulan untuk mendapatkan maklumat ahli-ahli Pengakap yang berikut:
- Nama penuh ahli
- Tarikh Lahir
- Nombor Kad Pengenalan
- Kaum
- Jantina
- Agama
- Alamat Rumah (termasuk poskod)
- Nama Ibu / Bapa / Penjaga
- Pangkat dalam kumpulan
Tuan / puan boleh menggunakan borang kumpulan sendiri atau borang berikut:
» Borang Pendaftaran Ahli Pengakap PKK, PM & PR (Individu)
» Borang Pendaftaran Ahli Dewasa (Individu)
Langkah Kedua
Muat turun Borang Pendaftaran PPM 2013.
Klik-kanan menggunakan tetikus atas pautan di atas dan pilih “Save Target As”
Fail yang dimuat turun seharusnya dibuka dengan menggunakan Microsoft Excel.
Langkah Ketiga
Lengkapkan borang tersebut mengikut panduan berikut:
-
Namakan fail yang telah dimuat turun mengikut nombor kumpulan anda:

-
Selepas itu, buka fail tersebut dan pastikan anda berada dalam helaian PPM1A seperti yang dilihat di bawah:

-
Isikan maklumat (No. Kumpulan, No. Pendaftaran, Nama Sekolah, Telefon Sekolah & Poskod Sekolah) di ruang atasan helaian PPM1A seperti berikut:

-
Isikan butir-butir bagi setiap Pemimpin Pengakap. Contoh telah disediakan dalam barisan pertama. Gantikan contoh tersebut dengan butir-butir sendiri.
Pemimpin Kumpulan biasanya Ketua Guru Pengakap. Pemimpin dan Penolong Pemimpin biasanya terdiri daripada guru-guru Pengakap lain dan Pemimpin sukarelawan.
-
Isikan butir-butir bagi setiap Pengakap Kanak-kanak / Muda / Remaja. Contoh telah disediakan dalam barisan pertama. Gantikan contoh tersebut dengan butir-butir ahli-ahli Pengakap di kumpulan anda.

-
Isikan butir-butir bagi setiap Ahli Biasa (layman). Contoh telah disediakan dalam barisan pertama. Gantikan contoh tersebut dengan butir-butir ahli-ahli biasa (layman) di kumpulan anda.

-
Selepas anda siap, semak butir-butir Pengakap semula dan teruskan ke helaian PPM1B seperti di bawah:

-
Kira bilangan Pengakap mengikut unit Pengakap, jantina dan kaum lalu isikan di ruangan yang disediakan:

-
Bilangan Pengakap akan dijumlahkan secara automatik. Jumlah akhir yang perlu dibayar akan terpapar di sini:

-
Akhir sekali, save fail anda. Tahniah, anda hampir selesai!

Langkah Keempat
Sediakan cek / kiriman wang / wang pos mengikut jumlah bayaran yang diperlukan di atas nama Majlis Pengakap Daerah Petaling.
Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
- Kumpulan: RM 10.00*
- Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja: RM3.00
- Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
- Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00
*Kumpulan-kumpulan yang telah mendaftar pada tahun lepas dikecualikan.
Borang Pendaftaran Excel yang telah dilengkapkan akan mengira jumlah bayaran yang dikehendaki secara automatik tetapi pihak tuan / puan boleh menyemak semula untuk memastikan jumlah bayaran adalah tepat.
Langkah Kelima
Hantar fail excel PPM-2013-NomborKumpulan-Petaling.xls kepada admin@petalingscouts.org dan johnson@srikl.edu.my seperti berikut:

Pastikan anda mengisikan Perkara (Subject) dalam e-mel tersebut dengan Pendaftaran 2013 – XX Petaling seperti yang dilihat di contoh di atas.
Gantikan XX dengan nombor Kumpulan Pengakap anda.
Tuan / puan juga diminta menulis nombor cek / kiriman wang / wang pos di dalam e-mel tersebut.
Langkah Keenam
Bayaran secara cek / kiriman wang / wang pos boleh dihantarkan kepada:
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Pentadbiran)
Encik Ngoo Kee Min
No. Telefon: 012-3668090
Lokasi: SR Sri Kuala Lumpur.
Sila aturkan temujanji terlebih dahulu.
Lain-lain
Kumpulan-kumpulan digalakkan mendaftar sebelum 31hb Mac 2013.
Tarikh tutup pendaftaran yang telah ditetapkan oleh PPM Daerah Petaling ialah selewat-lewatnya pada 30hb Jun 2013.
Dengan penjelasan di atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan pendaftaran kumpulan masing-masing adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah.


24 Comments
EN. Ngoo…..utk pelajar mendapatkan lencana keahlian, adakah pelajar tersebut wajib mendaftar dahulu dan baru diadakan unian keahlian?
utk ujian keahlian, bolehkah guru pemimpin shj yg menguji para pelajar atau ada bhgn latihan spt jawatankuasa dr pihak en ngoo yg akan conduct aktiviti itu? sekian
Hello Ida,
Semua pelajar yang menyertai Pengakap dalam sekolah sepatutnya mendaftar.
Ujian Keahlian boleh dijalankan bila-bila masa, tidak kira daftar dahulu atau daftar kemudian.
Guru Pemimpin atau Pemimpin Sukarelawan bertanggungjawab menguji para rekrut Pengakap.
EN. Ngoo…..no.kumpulan tu berbeza ke mengikut sekolah?300 jugak ke?
jika pelajar ramai yang tidak membayar yuran keahlian,mcamane?daftar yang bayar aje ke atau mcamane
En Ngoo, macamana saya nak tahu no pendaftaran kumpulan saya.
AS: Berbeza mengikut sekolah. Setiap sekolah mempunyai kumpulan Pengakap sendiri dan setiap Kumpulan sepatutnya mempunyai nombor sendiri.
Cuba sebaik boleh untuk mendapat yuran keahlian. Bagi yang tidak ingin membayar, aktiviti-aktiviti anjuran PPM tidak dibenarkan hadir.
NOORMA: Boleh saya tahu dari sekolah mana?
encik saya ada beberapa soalan.
1. skarang saya dah daftarkan murid yang dah bayar dahulu …….. wangnya bank in dan maklumat serta cd tersebut hendak serah ke mana ?
2. murid yang bayar selepas ini boleh daftar sebelummei ke ? atau tidak boleh daftar lagi.terima kasih
En. Ngoo, dalam borang itu perlu nyatakan no. pendaftaran…sekolah saya SK Bukit Kuchai (139) tak tahu no. pendaftaran kami walaupun dah daftar tahun lepas (2010)…Kad keahlian juga kami tak terima…
En Ngoo, saya dari SMK Subang, Kg Melayu Subang, Shah Alam
Vasugee: Maklumat serta CD perlu dihantarkan kepada Encik Ngoo di Sekolah Rendah Sri Kuala Lumpur. Murid-murid masih boleh mendaftar ahli yang baru.
Cikgu Eim: Sila hubungi Encik Ngoo di 012-3668090 untuk bertanya.
Noorma: SMK Subang ialah 128 Petaling. Nombor pendaftaran dan sebagainya, sila hubungi Encik Ngoo untuk maklumat lanjutan.
Terima Kasih.
Salam, soalan saya bagaimanakah ingin mendaftar kumpulan bagi sekolah saya? setahu saya, kumpulan pengakap di sekolah saya tidak pernah didaftarkan dan tidak ada no. kumpulan.
Kad Keahlian bagi kumpulan yang telah berdaftar bagi tahun ini telah dikeluarkan dan sedia untuk pengambilan dari En.Ngoo si SK Sri KL. Sila rujuk kepada En.Ngoo di 012-3668090 untuk maklumat selanjutnya dan juga temujanji untuk pengambilan kad. TQ.
saya guru di sk subang..waktu kpli saya pengakap.dan saya nak kembangkan atau bagunkan pengakap di sekolah sebab sekarang ni murid0-murid lebih kepada KRS.sangat2 berharap tunjuk ajar.
saya dimaklumkan sekolah saya, smk seksyen 27 shah alam, nombor kumpulannya 150 petaling, tetapi saya tidak tahu nombor pendaftaran (M xxxxx) sekolah saya. sekolah saya tak terima lagi apa-apa dokumen berkaitan dengan pendaftaran kumpulan daripada PPM. semua dokumen saya dah bagi masa pendaftaran kumpulan baru.
boleh bagi komen apa yang patut saya buat?
En.Ngoo, saya pernah menjadi kelana siswa dan sekarang saya dilantik untuk menjadi pemimpin pengakap sekolah. Soalan saya,
1)adakah perlu saya menghadiri kursus manikayu untuk pemimpin.
2)apakah saya perlu mendapatkan pertauliahan sebagai pemimpin dan bagaimana?
Semua pemimpin seharusnya mengikuti Kursus Manikayu sehingga mendapat Manikayu untuk menjadi Pemimpin Pengakap.
Selain itu, borang tauliah pemimpin boleh didapati semasa anda menghadiri Kursus Manikayu.
Ada tak surat siaran untuk pendaftaran 2012. Saya tidak boleh mendaftar untuk sekolah saya selagi belum mendapat surat daripada PPD.
salam.. sy guru dari sk bandar sunway..
nak tanya no kump. utk sek kami …
salam..sy dari sk taman bukit subang, bleh saya tau no kump saya?setau saya sek sy x daftar lagi untuk kumpulan…tarikh tutup tidak boleh tunda lg ke?saya baru dapat tahu perkara ni minggu lepas..
I sent the borang pendaftaran in Mac, 2012 and i still didn’t received any member card like last year. Please check for me. From SMK Valdor, Sg Bakap, S.P.S., Pulau Pinang
salam pengakap. sy seorang yg aktif dalam brpengakap dan brjawatan penolong pemimpin dalam crew pengakap di kelantan. skarang sy tinggal di petaling jaya. sy brhasrat untuk mewujudkn crew baru di kawasan sy tinggal sekarang. sy harap pihak tuan dapat bantu sy. terima kasih.
saya telah dilantik sbg guru penasihat pengakap sekolah, jadi saya ingin mengetahui aktiviti yang boleh saya hadiri kerana saya tidak ada pengetahuan pengakap
Siti Romlah – Boleh menghadiri Kursus Manikayu.
Zuhairi – Boleh menghubungi Tuan Pesuruhjaya Encik Ghasid untuk maklumat lanjutan.
TaySL – Please contact your DC or SC in Pulau Pinang.
Wan – Sila mendaftar untuk tahun ini, 2013.
saya adalah salah seorang guru yang terpaksa pulang kerana telah cukup 80 orang peserta untuk kursus manikayu pada hari ini 9hb mac 2013. bilakah kursus sebegini akan di adakan lagi!
saya telah membuat pendaftaran pelajar secara online. dan kiriman wang dihantar ke ppd petaling perdana.kerana no. tel 0123668090 tidak pernah aktif. jadi macamna untuk dapatkan kad keahlian