Pendaftaran Pengakap 2012

Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap pengakap masing-masing bagi tahun 2012 dijalankan. Untuk memastikan proses ini dijalankan dengan lancar, pihak tuan / puan diminta supaya mengikut langkah-langkah yang berikut:

Teruskan membaca »

Dipaparkan di Makluman | 15 Komen

Jambori Jutaan Belia 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Jambori Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara mengikut butir-butir berikut:

Jambori Jutaan Belia 2012
Tarikh: 24hb sehingga 27hb Mei 2012
Hari: Khamis sehingga Ahad
Tempat: Sekitar Kawasan Putrajaya
Ketua Kontijen Selangor: Encik Yussri Bin Abdullah (DC Sepang)
Bayaran: RM10 untuk Kit Jambori

Lokasi pendaftaran dan perkhemahan akan diberi nanti. Tempat terhad kepada 250 Pengakap dari PPM Daerah Petaling sahaja.

Teruskan membaca »

Dipaparkan di Uncategorized | Beri komen

Kursus Manikayu Peringkat I (Unit PR)

Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor Darul Ehsan akan menjalankan Kursus Manikayu Peringkat I mengikut butir-butir berikut:

Kursus Manikayu Peringkat I (Unit PR)
Tarikh: 27hb sehingga 29hb April 2012
Tempat: SK Seksyen 9 Kota Damansara
Bayaran: RM40.00

Kursus Manikayu Peringkat I terbuka kepada para pemimpin Pengakap yang telah menghadiri Kursus Manikayu Pengenalan dan berumur 21 tahun ke atas.

Dipaparkan di Uncategorized | 2 Komen

Kursus Latihan Ketua-ketua Patrol / Sekawan 2012

Kursus Latihan Ketua-ketua Patrol / Sekawan
Tarikh: 30hb Mac sehingga 1hb April 2012
Tempat: SMK Tropicana
Bayaran: RM40.00

Jika berminat, sila buat pertanyaan melalui Pemimpin Pengakap masing-masing. Surat siaran akan dikeluarkan untuk PPD Petaling Utama.
Teruskan membaca »

Dipaparkan di Uncategorized | 2 Komen

Pemakaian Lencana WOSM

Edaran daripada Persekutuan Pengakap Malaysia, sila lihat di bawah:

Dipaparkan di Uncategorized | Beri komen

Kursus Manikayu Pengenalan

Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Petaling akan menjalankan Kursus Manikayu Pengenalan (semua unit) mengikut butir-butir berikut:

Tarikh: 25hb Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 0800 sehingga 1630 jam
Tempat: Sekolah Rendah Sri KL
Bayaran: RM20.00

Sila hadir dengan Pakaian Seragam Pengakap yang lengkap.
Bawa bersama alat-alat tulis dan sebagainya.

Dipaparkan di Uncategorized | Beri komen
  • » Suara Pengakap Daerah Petaling

    wait
    wait
  • » Pengenalan

    Kami merupakan ahli-ahli Pengakap daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Petaling yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan dan terdiri daripada dua zon iaitu Zon Petaling Utama dan Zon Petaling Perdana.

    Kepimpinan daerah diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Encik Ghasid Bin Salleh dengan kerjasama dan bantuan Penolong-penolong Pesuruhjaya yang lain. Organisasi PPM Daerah Petaling boleh dilihat di sini.

    Jika saudara / saudari merupakan ahli Pengakap PPM Daerah Petaling, anda boleh menyertai komuniti kami di sini.

  • » PPM Daerah Petaling

    Bookmark laman ini!

    Jika terdapat sebarang cadangan atau pertanyaan, hubungi kami di admin@petalingscouts.org

  • » Inspirasi

    “A promise is a cloud; fulfillment is rain.” Arabian Proverb